Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Profil Syarikat




Dipercayai untuk Menjaga
Dipercayai untuk Memelihara
Dipercayai untuk Memimpin
Dipercayai untuk Menawarkan Hanya yang Terbaik


·        Di Elken, asas kami adalah berdasarkan kepercayaan.


·        Kepercayaan ialah sebab utama kami mampu berdiri teguh dan tetap selama 17 tahun.


·        Dari menghubungkan insan pada tahap hati-ke-hati kepada memperkaya semua aspek kehidupan mereka, kepercayaan dari pihak luar dan kepercayaan kami terhadap pihak luar sentiasa menjadi asas kekuatan dan motivasi kejayaan setiap orang.


·        Kepercayaan inilah yang menjadi asas untuk membina sebuah perniagaan yang berkembang maju dan dipercayai, dan demi sebab inilah kami ingin mengundang anda untuk menyertai perjalanan penuh inspirasi kami. 


·        Disatupadukan oleh kepercayaan, kami menawarkan yang lebih daripada yang diperlukan, demi kehidupan yang gembira dan sentiasa diingati.





"ELKEN Jayakan anda. Jayakan bangsa"


·        Sebagai salah sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri jualan langsung di Malaysia, Elken telah menjadi satu contoh kejayaan tempatan yang menakjubkan. Ia juga telah mengembangkan perniagaannya dengan kukuh di enam buah negara di kawasan Asia Pasifik, iaitu Hong Kong, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.


·        Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken sentiasa demi memperkayakan kehidupan. Ia tidak teragak-agak untuk menghidupkan falsafahnya dalam “Elken jayakan anda. Untuk jayakan bangsa.” dengan membimbing orang dan membina pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan, perkembangan peribadi, keyakinan, kesejahteraan kewangan, kerjaya dan keluarga. Dan banyak ahli Elken, dalam balasan, telah terus membina orang lain, yakni menyentuh kehidupan ramai melalui cara yang bermakna. 


·        Hari ini, kejayaan Elken bergantung pada konsep kesihatan dan kecantikan holistiknya yang unggul. Terapi Pembentukan Semula Molekular Elken (MRT) menekankan 4 elemen kehidupan yang kritikal demi mencapai kesihatan optima: nutrisi seimbang, pengambilan oksigen mencukupi, detoksifikasi dan pengawalaturan kesihatan. Manakala Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken fokus pada cara bagaimana menyerlahkan kecantikan terbaik seseorang, dari kepala hingga kaki, dari dalam ke luar.


·        Satu lagi aspek unik Elken ialah kepercayaan atas kuasa pengetahuan. Lebih daripada 2,000 acara latihan pendaftaran-ISO berasaskan Sistem Pendidikan Elken yang terbukti berkesan telah diadakan setiap tahun untuk menjana pengetahuan, kemahiran dan semangat keusahawanan para pengedar dan seterusnya menyebarkan pengetahuan tersebut kepada orang ramai.


·        Pencapaian Elken yang menakjubkan telah menjadikannya pemimpin dalam industri. Pada 1998, ia menjadi syarikat jualan langsung yang pertama di Malaysia yang memperoleh Pensijilan ISO dan pada 2006, ia telah dianugerahi Pilihan Pengguna Jenama Hebat di Malaysia. Pencapaian yang lain termasuk anugerah "Syarikat Pembangunan Manusia Terbaik" yang dianjurkan oleh The Edge dan Deloitte KassimChan; Anugerah Cemerlang Usahawan-e Malaysia; serta Anugerah Juara Kebangsaan 5S.


·        Dari aspek perkhidmatan yang menakjubkan, Elken telah mendirikan 7 cawangan di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Syarikat ini juga telah mengubah suai dan mengembangkan kemudahannya dengan merasmikan Pusat Konvensyen Elken sendiri yang merangkumi satu dewan latihan pelbagai-tujuan yang boleh menempati 1000-orang, satu tingkat tambahan yang disediakan untuk pameran dan karnival berskala besar. Dewan pameran baru (yang dinamakan Dewan Platinum) telah dirasmikan pada Mei 2009, bersama Ekspo Pendidikan Air yang pertama di Malaysia. Di Elken, semua ahli Elken menerima sokongan tambahan dan menikmati kemudahan kelas-dunia seperti galeri kecantikan, ruang menunggu, kemudahan latihan pelbagai-tujuan dan EK One, sebuah kedai membeli-belah di samping 100 pusat stokis di seluruh Malaysia, membenarkan perkongsian kepakaran, pembelajaran bersama dan pemindahan kemahiran. 


·        Kilang GMP Elken adalah pakar dalam produk kesihatan sementara Elken Bio Pure merupakan satu-satunya sistem penulenan (R.O.) di Asia yang dianugerahi Mohor Emas WQA S-300, salah satu penerima daripada 3 penerima seluruh dunia. Sistem kelas antarabangsa ini juga menerima sebuah pingat dalam Pameran Antarabangsa ke-36 Geneva serta Anugerah Emas untuk Jenama Dipercayai Reader’s Digest pada 2008 dan 2009, manakala pasukan servis lepas-jualannya, Elken Service dengan megahnya menjadi pasukan servis R.O. terbesar di Asia Tenggara. 


·        Produk paling laris dan paling masyhur Elken tidak lain dan tidak bukan dari Elken Spirulina, yang telah dianugerahi penghormatan 10 anugerah antarabangsa, termasuk Pensijilan Persatuan Makanan Kesihatan Jepun (JFHA) dan Anugerah Emas Penilaian Makanan Unggul Taiwan. 


·        Dengan pengiktirafan tanggungjawab korporatnya, Elken menjalankan pelbagai aktiviti untuk berkhidmat kepada komuniti dan membina komuniti. Salah satu projek yang terbesar ialah kempen menderma darah yang telah dianugerahi ‘Penderma Darah Tunggal Terbesar’ untuk 3 tahun berturut-turut. Selain itu, Yayasan Elken, bahagian komuniti Elken, juga aktif menaja pelbagai program kebajikan dan menyumbang kepada malapetaka antarabangsa demi mengurangkan kemiskinan, menggalakkan kebergantungan atas diri-sendiri dan memberi kuasa kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.